

PELUANG KERJAYA
PELUANG KERJAYA
Kami di Medicare, sentiasa mengenali dan menjadikan kebolehan dan kelayakan seseorang sebagai satu aset yang sangat berharga. Kecemerlangan sesuatu individu itulah yang menerajui kami ke arah matlamat untuk menjadi Pengantara Takaful pilihan Penjawat Awam khasnya. Rebutlah peluang ini untuk menyertai sebahagian dari pasukan kami.

PELUANG KERJAYA
Kami di Medicare, sentiasa mengenali dan menjadikan kebolehan dan kelayakan seseorang sebagai satu aset yang sangat berharga. Kecemerlangan sesuatu individu itulah yang menerajui kami ke arah matlamat untuk menjadi Pengantara Takaful pilihan penjawat awam khasnya. Rebutlah peluang ini untuk menyertai sebahagian dari pasukan kami.
Di Medicare, kami menawarkan peluang membina kerjaya yang amat memuaskan dan konsisten. Semua pekerja kami samada yang berpengalaman ataupun yang baru mencecah langkah pertama dalam alam kerjaya akan kami bersama-sama
membawa anda ke peringkat yang lebih tinggi dalam kareer sambil mencungkil bakat tersendiri. Kami menjemput anda menyertai keluarga Medicare Assistance Sdn Bhd.
Berikut adalah jawatan kosong terkini di Medicare Assistance Sdn Bhd. Jika anda berminat, sila email resume dan maklumat terkini anda ke recruitment@medicare.org.my
1. Krew Pemasaran
- Mengembangkan strategi jualan baru dan aktiviti promosi
- Mempromosi di Jabatan-Jabatan Kerajaan
- Memupuk kesedaran program-program Takaful dikalangan warga Penjawat Awam
b. Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Lelaki/Perempuan berumur 18 tahun ke atas
- SPM/STPM/Diploma/Ijazah atau lain-lain kelayakan
- Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
- Pengalaman bekerja tidak diperlukan
- Mempunyai sikap yang positif
c. Faedah
- Pendapatan yang lumayan – Gaji kasar beserta komisyen berdasarkan jualan
- Bonus mengikut prestasi pekerjaan
- Waktu bekerja 5 hari
- Uniform disediakan
- Kenderaan disediakan
- Suasana pekerjaan yang kondusif dan ceria
Kami di Medicare mengalu-alukan para mahasiswa / siswi dari institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk menjalani Latihan Industri ‘Praktikal’ di syarikat kami.
Kami menyediakan sebuah platform untuk anda mendapatkan pengalaman dalam industri Takaful sebelum melangkah ke alam kerjaya yang sebenar.
Syarat-syarat
- Terbuka kepada semua mahasiswa / siswi Malaysia
- Mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik
- Mempunyai sikap yang positif dan ingin belajar
- Tempoh Berkhidmat antara 3 hingga 6 bulan
Faedah-faedah
- Elaun Latihan Industri ‘Praktikal’
- Mentor yang berpengalaman luas dalam industri Takaful
Nota :
Sila kemukan Surat Pengesahan daripada Institusi Pengajian semasa memohon.
Jika tidak terdapat mana-mana kedudukan yang sesuai buat masa kini, anda boleh menghantar permohonan secara am dan kami akan menghubungi anda sekiranya terdapat kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan.