PENGENALAN

PERLINDUNGAN

PENYERTAAN

MUAT TURUN

TUNTUTAN

TAKLIMAT

PENGENALAN

PERLINDUNGAN

PENYERTAAN

MUAT TURUN

TUNTUTAN

TAKLIMAT

P ENERIM A M ANFAAT
JUTA
P ERLINDUNGAN TEL AH DIKELUARKAN
RM
H AD PERLINDUNGAN TAHUN AN
RM .00
P REMIUM BUL AN AN TERENDAH

PENGENALAN

Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting dan satu-satunya aset yang tidak ternilai harganya. Seiring dengan kemajuan yang telah dicapai, pelbagai kaedah moden telah diperkenalkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Sebagai Penjawat Awam, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung
sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.

Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama Zurich Takaful dan Medicare Assistance Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

Masyarakat zaman kini sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk mengekalkan daya saing. Dalam usaha giat untuk mencapai matlamat, seringkali kita kesuntukan masa untuk merancang masa depan dan menyiapkan diri dari musibah yang bakal menimpa. Dengan Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA, hidup anda terurus bagaikan sudah menyediakan payung sebelum hujan.

Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA telah direalisasikan oleh CUEPACS dan Medicare dengan memberi perlindungan 24 jam dengan bayaran sumbangan yang begitu rendah dan mampu dimiliki oleh semua peringkat Penjawat Awam. Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA merangkumi perlindungan kewangan untuk kematian, kecacatan anggota badan sama ada kecacatan kekal, penuh atau separa sehingga RM440,000.00.

KEISTIMEWAAN CUEPACSCARE

PROGRAM TAKAFUL PENGHOSPITALAN DAN PEMBEDAHAN CUEPACSCARE ADALAH SKIM ALTERNATIF YANG TERBAIK DENGAN KEISTIMEWAAN YANG BERIKUT

PERUTUSAN PRESIDEN CUEPACS

Datuk Azih Bin Muda
PRESIDEN CUEPACS

CUEPACS kini telah memperkenalkan Takaful Kemalangan Diri CUEPACS (CUEPACSPA) yang mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. CUEPACS bermatlamat memastikan setiap Penjawat Awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful agar mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang musibah. Program takaful ini akan membantu diri sendiri dan keluarga apabila ditimpa musibah dari segi meringankan beban kewangan.